Free Image Hosting

Monday, December 22, 2008

H I S T E R I A

:pingu_17:‘Histeria’ adalah sebuah kisah seram yang berlaku di salah sebuah kolej swasta. Tujuh orang pelajar nakal (Alissa, Tini, Malini, Murni, Maryam, Jenny, dan Kerek) yang menamakan kumpulan mereka sebagai ‘Pink Flamingo’, berpura-pura terkena histeria, hingga terpaksa dipanggil bomoh untuk memulihkan mereka. Namun tindakan mereka itu mengundang masalah lain apabila mereka bertujuh dikenakan denda, membersihkan kawasan kolej selama seminggu ketika cuti semester. Mereka ditempatkan di satu dorm yang kelihatan menyeramkan. Terdapat seorang pelajar baru (Zeta) menyertai mereka. Sebelum Zeta diterima menjadi ahli Pink Flamingo, beliau perlu diuji, iaitu bermalam di sebuah makmal berhantu. Tujuh pelajar lain cuba menakut-nakutkan Zeta.

Namun kejadian menakutkan benar-benar berlaku apabila pelbagai perkara misteri dialami oleh mereka semua. Ianya bermula selepas Jenny mengambil “sesuatu” yang bukan miliknya. Jenny telah mengekori tukang kebun sekolah menanam sesuatu di bawah sebatang pokok pelik. Tanpa dapat menghidu bahaya yang bakal menimpa mereka semua, Jenny kemudiannya menggali tanah tersebut lalu mengambil barang yang terdiri daripada sehelai kain kuning, tulang, rambut dan serbuk darah. Keadaan bertambah celaru dan mengerikan apabila seorang demi seorang daripada mereka dibunuh kejam oleh satu lembaga yang berkeliaran di kawasan kolej tersebut. Ada yang mati ditusuk gunting, ada pula digantung di tiang bendera, dicekik leher dan sebagainya. Yang terselamat hanyalah Murni.

Malangnya bukti menunjukkan Murni adalah pembunuh kepada mereka yang lain, bermotifkan dendam kerana sering dibuli. Dan Pakar Psikiatri pula mengandaikan Murni pengidap Paranoid Schizophrenic, sejenis penyakit mental.

Apakah benar Murni yang membunuh? Atau… siapakah dalang di sebalik pembunuhan kejam ini? Nantikan kemunculan ‘Histeria’ di pawagam berhampiran anda.

HAHA....itulah sinopsis pasal cerita HISTERIA...mls nak taip so copy n paste jer...smlm g tgk citer nie ngan aunty n famili kwn dia nie yg srnk duk ngan aunty bujang yg byk duit x tau nak bg sapa hehehe...so smlm kununnya nak tgk wayang kul 9.55mlm tp disbbkan aunty xleh blk umah lg waktu tu...so kami amik keptsn tgk kul 11.55mlm punya tygan...so..dlm kul 11mlm wan pun gerak dr umah ke tgv mines...x beli tiket lg nie..g terjah jer panggung tu..nasib baek ada...overall citer nie bleh thn...tp still x leh lawan ngan jgn pndg belakang...tp..yelah...lain pengarahan lain dia punya output..nway congratslah pd sesapa yg terlibat dlm pembikinan citer nie bisa membuatkan wan gelabah gaklah dlm panggung tu....hehhehe...past je settle nonton dlm kul 1.30pg..kami pun x blk terus..g mkn SUP MELETUP kat area BTR...sedap...supnya..tmbh pulak mkn pg2 buta...perghhhh mcm nak g lg je mlm nie...hahahaha...dlm kul 3 smpi umah...gosok gigi....cuci muka...tdo!!!!n terciptanya entry nie pun sbb wan ngantuk nak carik ilham di pg hari...hahahaha...oklah...kepada spa2 yg belum menonton histeria...pglah tgk...sokong filem tempatan.hehehehe...

0 comments:

Post a Comment

 

LOVE is in the air Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template