Free Image Hosting

Thursday, March 4, 2010

Kisah 'Mak' yang hilang...

Pagi tadi di opis, dalam pukul 9, sedang aku ‘cover line’ klik fesbuk sikit-sikit, Mamat mundar mandir belakang aku dengan muka kusut masai.

Dari tadi aku tengok Mamat macam hilang punca. Berlegar-legar di dalam pejabat. Muka macam ada masalah besar.

“Ko kenapa ni Mamat?”

Aku tanya demi meminta kepastian. Aku dengan Mamat ni kira ngam juga la. Budak Kedah, umur muda sikit dari aku dan tak berapa hensem. Kalau tatap muka dia lama lama boleh naik menyampah juga.

Dia baru setahun kerja dengan kompeni aku. Sebelum masuk sini, Mamat banyak handle bisnes sendiri tapi dia selalu rugi.

MAK aku hilang la…”, Mamat berbisik perlahan.

Aku punyala terperanjat!!

“Hah, mak ko hilang? Bior betul. Bila hilang?”. Dada aku tiba-tiba mengepam keluar masuk laju. Berdebar tak payah cakap la, kencang macam kuda.

“Petang semalam…dah cari merata, tapi tak jumpa la”.

Mamat berlalu meninggalkan aku dengan muka yang begitu suram, berjalan menuju ke bahagian budak-budak human resource.

Aku tak tahu apa benda yang dia sedang fikir dalam kepala. Aku nak tanya lebih-lebih kang, risau pulak takut kena ‘tiaw’ dengan dia.Maklumlah orang tengah serabut.

Apa yang aku tahu sikit-sikit, mak dia memang duduk rumah, tak kerja. Ayah dia kerja sebagai Penolong Kanan, lagi 2~3 tahun dah nak pencen.

*********

Kira kira lima belas minit kemudian, dari jauh aku nampak Mamat berjalan
semula masuk ke dalam pejabat. Kali ni muka dia tak kusut macam tadi dah, sebaliknya ceria macam muka Lan kumpulan ’
The Typewriter’.

“Mak aku dah jumpa..”

Kelegaan jelas terpampang di wajah Mamat.

Aku cepat-cepat mengucap syukur :

“Alhamdulillah…Jumpa kat mana?”,

Dan dengan penuh keceriaan, jujur, ikhlas, tawadduk serta wajah disinari warna-warni rama-rama, Mamat membalas padu pertanyaan aku :

“Dalam sinki, kat pantry.”

Aku terlopong seketika. Tak tau nak cakap apa dah. Cis cis, aku dah terkena. Aku dah terkena….

Itu ‘MUG’ la Mamat…’MUG’!!!, pronouncation macam jahanam!

Ampeh betul, sia sia jer aku berdebar. Pagi pagi sudah bikin hati aku membara…huhu.

Sekian.

P/s- Kisah ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang dah meninggal dunia. Hehehe


.::LOVE is in the air::.

0 comments:

Post a Comment

 

LOVE is in the air Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template