Free Image Hosting

Thursday, September 2, 2010

AL-QURAN CAHAYA RAMADAN

Assalamualaikum semua..hari ni Alhamdulillah wan berkesempatan unt menghadiri ceramah agama anjuran biro agama puspanita cawangan kecil JPA dan Kelab JPA..tajuk ceramah tersebut AL-QURAN CAHAYA RAMADHAN. penceramah dia Ustazah Asni Abu Mansor Al-Hafizah.Ala ustazah kallamullah tu..n yg jd juri AQ hari tu..ceramah yang sgt menarik..betul kata ustazah tu..

Semua makhluk di muka bumi ni berpuasa..bila berpuasa ada imbalannya sbg cth:

“Ayam..ayam tidak makan n minum masa dia mengeram telur..bila smpi waktunya..dia akan mendapat anak ayam yg baru…itulah imbalan puasa si ayam..”

“Ular..ular tidak makan n minum masa dia menukar@salin kulit..bila selesai semuanya..dia akan mendapat kulit ular yg baru lg cantik”

“Beruang..beruang tidak makan n minum masa musim sejuk..dia akan tido jer..bila snpi musim panas..beruang akan mendapat tenaga yang byk unt meneruskan hidup..itu imbalan yang dia dpt..”

Tp kita manusia???sebagai hamba ALLAH s.w.t kita akan memperolehi HATI yang baru selepas Ramadan..tu pun kalau puasa betul2lah..:D dgn hati yang baru inilah kita akan dpt meneruskan hidup kita pada masa akan dtg..dgn membaca al-quran kita akan mendapat ketenangan tersebut..

Ustazah Asni tu kata lg..masa bulan2 lain kita membaca al-quran kita akan mendapat pahala gandaan 10 pahala untuk satu hurup..tp seandainya kita membaca al-quran ketika bulan Ramadan kita akan mendapat gandaan 70 pahala untuk satu huruf..SATU HURUF ye kawan2..tidak terhitung byknya pahala yg akan kita dapat..tp x semua org mampu unt mengejar pahala itu…:( al-quran juga akan melindungi kita semasa menghadapi siksa kubur.. masyallah..besar sggh fadilat membaca

al-quran..harap lps nie marilah kita sama2 membaca al-quran..sekiranya tidak pandai kita belajar..Ustazah Asni kata kalau kita pandai membaca al-quran dgn alunan yang betul,harkat yang betul..kiranya perfectlah bacaan tu..Nabi Muhammad s.a.w kata orang itu adalah setaraf dgn Malaikat Jibrail..masyalllah..tp..sekiranya org itu tidak tahu membaca..dgn erti kata lain bacaan yg tidak sempurna..tp dia mau belajar n mencari guru..darjat org tersebut lebih 2x ganda tinggi dari org yang sempurna bacaan al-qurannya…masyallah tingginya darjat al-quran itu..

Marilah kita sama2 menjadikan bacaan al-quran itu amalan harian kita..semoga apa yg kita lakukan mendapat rahmat dariNYA

.::LOVE is in the air::.

0 comments:

Post a Comment

 

LOVE is in the air Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template